Monday, 5 March 2012

Don't Copy!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Saya tertarik dengan cara pemikiran sesetengah orang yang adakalanya lain dari yang lain.

Sebagai contoh seorang tutor saya. Beliau suka menceritakan pengalaman dulu-dulu masa sekolah dulu.

La ni kerja sebagai tutor bahasa Inggeris, semestinya beliau seorang otai English language kan?

Pernah suatu ketika dulu dia menghantar karangan bahasa Inggeris kepada gurunya, dan bila cikgu beliau bagi balik karangan tu, cikgunya tulis,

DON'T COPY

Kalau kita la kan, mesti kita pilu, awat cikgu tulih lagu tu.. Kita buat karangan naik berasap kepala, cikgu tulih macam tu senang-senang ja. Sedih dak?

Lain pula dengan tutor saya ni, apa yang beliau pikiaq? Beliau kata, "Saya gembira sebab cikgu tu tulih macam tu. Sebab mestilah karangan saya baguih punya sampai cikgu saya tulih lagu tu." Ujar beliau dalam bahasa Inggeris yang maksudnya lebih kurang macam tu la. 


Saturday, 3 March 2012

BERKELANALAH --- Imam Syafie

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Mai kita dengaq syair ni, syair ka lagu taktau. Dengaq naa.. Moga-moga dapat input yang boleh dijadikan output yang bermanfaat bersama.


Tiadalah menetap bagi yang berakal dan punyai cita-cita
dengan santai, maka tinggalkanlah watan dan berkelanalah

Pergilah, kau kan ketemui ganti kepada apa yang kau tinggalkan
Lelah dahulu kerana kenikmatan hidup itu setelah kelelahan

Aku melihat air yang tenang pastikan keruh
Sekiranya mengalir eloklah ia, jika tidak pasti sebaliknya.

Sang singa kalaulah tidak meninggalkan sarang pasti tidak membaham
Anak panah kalau dibiarkan pasti tidak mengena sasarannya

Mentari kalau tidak berganjak kedudukannya
Bosanlah manusia sama ada Arab mahupun lainnya

Galian itu hanyalah tanah biasa jika tidak digali
Begitu juga setanggi, ia hanyalah sejenis kayu

Sekiranya ia diasingkan dari kelompoknya, bagaikan emas
Sekiranya dimanfaatkan, tinggi permintaannya

Pengalaman mematangkan kita, sunggoh aih..

◠_◠