Wednesday, 21 August 2013

JPA PIDN

Sayang tak apply PIDN dik
kata brader hotline JPA. 
Allah permudahkan Muhammad Asyraf Hanis untuk apply dan mendapat biasiswa JPA. 
Amiin

Monday, 19 August 2013

Mak

"Mak hang tu dah la dok sorang, nanti hang balik unabasiti takdak sapa dah nak jaga dia kat rumah, nak harap kat adik hang tu, 

humph, haghamm..keluaq siang balik malam. Hari-hari lagu tu, pi mana aku pun taktau lah. Jaga la mak hang elok-elok, nanti dia takdak dah baru hang terhegeh-hegeh reyau kat tepi dia"

Semenjak itu Siti menjaga ibunya bersungguh-sungguh apabila dia mempunyai kesempatan pulang dari universiti

Thursday, 15 August 2013

Lembaga Getah Malaysia

LGM Sungai Buloh -- Research Centre

LGM Baling -- Sampling (something microbiology)

LGM Sungai Petani -- Ofis kot


Wednesday, 14 August 2013

Kisah Member Kak Lily

Member kak lily -- 2nd year convert ptptn to jpa, sign kontrak upsi 10 tahun, settle master, phd, ditanggung sepenuhnya. Buat master 2 tahun kat ukm (something biology) now in uk sedang phd-kan diri beliau bersama suami dan 2 anak (kalau tak silap).

Suami asalnya fresh graduate engineering, mungkin baru bekerja kot, so gaji boleh la nak hidup, decided untuk berhenti kerja dan ikut isterinya ke uk. mak si isteri tak benarkan fly kalau tak kahwin, er maksud saya nikah. Ya lo, takdak sapa nak jaga. Sedangkan kambing nak lepas makan kot kampung pun tuan dia ikut pi sekali, inikan anak-anak. So kahwinlah dia dengan lelaki yang baru dikenalinya selama tujuh bulan itu.

Yang best-nya bila dah tandatangan kontrak dengan upsi 10 tahun untuk habiskan master dan phd, semua perbelanjaan ditanggung. Siap dapat elaun lagi untuk suami dan anak-anak. cumanya petempatan mereka tidak diuruskan oleh upsi. makna kata depa kena cari tempat tinggal sendiri lah (eg rumah sewa).

Monday, 29 July 2013

Quote: Dearest Lecturer

Hatta nak jadi orang Islam yang baik pun kena ada ilmu

Dubook Lejen Press

Saya dapati buku-buku keluaran syarikat ni agak power-power belaka. Tapi berbaloi ka nak beli pakai duit betui?

Ka nak tunggu baucar buku? Baucar buku? Ada lagi ka?

Mintak-mintak ada. Dan mintak-mintak jugak sem depan kurang guna buku rujukan yang kena beli.Guna lecture notes sudahlah. Tu pun malas nak revise, lagi nak beli buku rujukan. Huh

Wednesday, 24 July 2013

Ceritera Candy Crush Saga

Rupa-rupanya, 

candy crush ni ada konsep kenduri,
setiap kali complete satu-satu level, 

akan ditunjuk markah beberapa orang,

dan kita boleh klik ikon tertentu untuk bagi extra life 
ataupun nyawa kepada orang tersebut. 

lebih kurang macam buat kenduri kesyukuran-lah kiranya


Friday, 19 April 2013

At Least

"At least"

Tak berapa sesuai kalau nak dipraktikkan oleh semua orang.

Sekadar nak menggalakkan orang boleh lah, contoh orang tu nak mula buat kebaikan, tapi takdak semangat, jadi, "at least hang buat jugak sikit"

Tapi bila lama-lama, pemikiran sebegitu perlu diubah, macam, "dah alang-alang buat ni, baik hang buat semua teruih" for example.

Upgrade, Improve.

Sama-sama kita  berubah neh.

Pandangan peribadi =)

Tuesday, 19 March 2013

Minoriti Lelaki

Semester 2.

Baru terasa ke-minoriti-an umat lelaki di sini, usm ini.

Turun tangga jejantas, orampuang saja

Turun bas, orampuang saja

Turun dewan kuliah dari atas ke bawah, orampuang saja

Jenuh lagu ni


Monday, 11 March 2013

Only 10% of global carbon emissions come from tropical deforestation



http://www.redd-monitor.org/2012/06/27/only-10-of-global-carbon-emissions-come-from-tropical-deforestation/


Friday, 8 March 2013

Sketsa Jumaat : Cicak

"Ha, cantik! Haaaaaa!!!"

Teriak sekumpulan budak sekolah seraya batu yang dibaling tepat mengenai kepala seekor biawak selepas batu sebelumnya nyaris mengena.

"Aku tak bleh caya dulu aku camtu" kata Amirul.

Giggles.

Biawak Tasik Harapan



Thursday, 7 March 2013


You don't force yourself to fall,
you just fall.
That's why it's called falling in love.

Nilai Tambah!

Nilai tambah, 
nilai tambah! 

Dari sehari ke sehari 
Seolah takdak nilai tambah

Caqi la sesuatu untuk dibuat, 
Tambah kemahiran
Tambah pengetahuan
Generate some ideas!

At least ada something dalam dunia yang besaq ni
kita expert of.
I mean not that bloody expert, but kurang-kurang you can get handle on it.

Something that you passionate about.

Now, go!


Wednesday, 6 March 2013

Bila Tengok Orang Berjaya

Don't just be amazed with people who get good grades. Get inspired. 

Belajaq benda yang sama, kenapa tak boleh sama-sama skor?

Yes, they do analyze.

Alasan "takpa la depa pandai" dah tak valid, orang jenis "escapism" ja guna alasan macam tu. (sebenaqnya alasan tu tak pernah valid pun)

Mungkin usaha depa lebih pada kita.
Mungkin depa ada a good study plan sedangkan kita tak pernah kisah, main hentam kromo ja.
Mungkin golongan itu dapat melihat apa yang kita tidak. Who knows? Orang yang banyak pikiaq selalunya they see further.
Barangkali cara depa paham sesuatu benda tu lain, ya cara pemahaman berbeza setiap orang, tapi kalau dah jenih takmau cuba untuk paham tu apa cerita?

Ask!

Mana tau kot-kot depa habaq.

Truth is, depa nak perkara yang sama jugak untuk kita. Mahukan yang terbaik. Together-gether.

They do care.

Cumanya, bukan mudah nak dapat. Kalau senang, seolah takdak nilai. Orang putih kata "Nothing worth having comes easy"

Tapi jangan lupa,

Inna ma'al 'usri yusra
Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan
2 kali ayat tu diulang

Change, ini kalilah! Ramai-ramai k?

*escapism tu taktau betoi ka dak cara guna dia (main hentam kromo)



Thursday, 21 February 2013

Say What?

Asai post status islamik, cop orang tu baik. Punchaa semua ini. 


Monday, 18 February 2013

Saturday, 9 February 2013

Karan lambat sampai - lupa, ambil masa yg sedikit lama untuk mengingat sesuatu.

Nampak, orang tua-tua (orang-orang tua) dulu dah tau pasai impulse 

Saturday, 2 February 2013

NAFSU!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Bersawang blog ni. Copa (copypaste) libertadores

Peringkat Nafsu

Seperti yang telah kita ketahui, mujahadah yang terbesar untuk meningkatkan iman kepada Allah S.W.T. ialah mujahadah melawan nafsu. 'Inspirasi' mujahadah pula ialah taqwa. Jihad nafsu merupakan jihad yang paling besar. Keagungan jihad nafsu bukanlah bererti jihad yang lain tidak penting. Jihad nafsu merupakan jihad yang agung kerana sulitnya perjuangan ini. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, perjuangan ini adalah antara manusia dengan dirinya sendiri.

Namun begitu, menurut Al-Quran dan hadis, nafsu dikategorikan kepada tujuh peringkat :-

1. Nafsu Ammarah
* Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Malah, si pemilik nafsu ini akan berasa bangga dengan kejahatannya.

2. Nafsu Lawwamah
* Mengetahui dengan ilmunya bahawa perbuatan jahat dan dosa itu salah tetapi masih melakukan perbuatan tersebut. Namun, setelah itu, dia menyesal di atas perbuatan jahatnya.

3. Nafsu Mulhamah
* Jiwanya banyak terkumpul dengan sifat-sifat baik akan tetapi jiwanya memerlukan kesabaran, tabah dalam bermujahadah dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T.

4. Nafsu Mutmainnah
* Nafsu yang tenang dan tenteram ketika mengingati Allah S.W.T. Jiwanya sentiasa merindui Allah dan sentiasa dekat dengan-Nya.

5. Nafsu Radhiah
* Jiwa yang reda terhadap Allah dan sentiasa dalam keadaan selamat sejahtera kerana mereka puas dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T.

6. Nafsu Mardhiah
* Jiwanya sentiasa mendapat keredaan Allah. Bukti keredaan-Nya dapat dilihat melalui akhlak yang mulia dan mempunyai sifat ikhlas dalam amalannya.

7. Nafsu Kamilah
* Jiwa yang sempurna, jiwanya berada di peringkat tinggi dan sempurna serta memiliki sifat-sifat yang baik.

Nafsu kita berada di peringkat yang mana? Jika berada di peringkat yang baik, maka baiklah peribadi kita, begitu juga sebaliknya. Nafsu yang baik perlu dipertahankan tetapi nafsu yang jahat perlu ditentang habis-habisan! Apabila nafsu dapat dikalahkan, iman turut dapat disuburkan.

Usah Mengalah!

Wahai sekalian manusia, usah mengalah dalam bermujahadah. Jangan mengatakan payah, kerana kita semua ada Allah...!

Teruskanlah bermujahadah dan bersangka baiklah dengan Allah. Allah Maha Menilai setiap usaha yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Kadangkala, kita rasa teruji dan diuji kerana Allah mahu melihat tahap kesabaran kita dalam menempuh dugaan yang diberikan oleh-Nya. Allah mahu melihat sejauh mana kita mengharapkan pergantungan daripada-Nya.

Allah telah berfirman yang bermaksdu :

"Pergilah kepada hamba-Ku lalu timpakanlah berbagai-bagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihan-Nya."
(Hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

Allah juga menurut persangkaan hamba-hamba-Nya. Jika baik sangkaan hamba-Nya, maka kebaikanlah yang akan diperoleh. Begitu juga sebaliknya.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Berfirman Allah Azzawajalla :

"Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadapku. Dan Aku berserta dengannya ketika dia menyebut-Ku (berzikir kepada-Ku.)'"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, bersangka baiklah dengan Allah. Jika mind set kita selalu berkata susah, maka tindakan yang ingin dilakukan juga menjadi sukar. Sukar itu lumrah kehidupan. Jika segala perkara mudah untuk dilakukan, tiadalah 'nikmat' kehidupan. Bertindaklah ikut kemampuan. Mulakan langkah sedikit demi sedikit untuk mendapat hasil yang berbukit! Namun, jangan sekali-kali mengeluh tetapi merintihlah.

Sentiasa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala niat yang baik dan mintalah petunjuk. Allah Maha Menilai segala usaha kita dan doa yang kita panjatkan. Yang paling penting, yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan dan luahan hati setiap hamba-Nya. Tiada keyakinan, maka tiadalah jalan. Put your trust in Allah.

Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui yang terbaik di dalam segala perkara. Maka teruskanlah berbaik sangka!

'Marilah bermujahadah,
Itu bukanlah sesuatu yang mudah,
Maka, berdoalah! Merintihlah!
Agar diri tidak kalah mahupun lelah...
Bertakwalah kepada Allah,
Supaya iman tidak menjadi lemah,
Inilah jalan mujahadah yang indah,
Usahlah mengeluh walaupun payah...!'



Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]


- Artikel iluvislam.com