Friday, 12 October 2012

Peringat!


Jangan dok tunggu orang peringat kat kita, biaq kita jadi si pemeringat orang lain kepada Allah.

Inspired by nice words from one of the foreigner students in my class!


Kaabah : Tengok saja bulih pahala

Monday, 5 March 2012

Don't Copy!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Saya tertarik dengan cara pemikiran sesetengah orang yang adakalanya lain dari yang lain.

Sebagai contoh seorang tutor saya. Beliau suka menceritakan pengalaman dulu-dulu masa sekolah dulu.

La ni kerja sebagai tutor bahasa Inggeris, semestinya beliau seorang otai English language kan?

Pernah suatu ketika dulu dia menghantar karangan bahasa Inggeris kepada gurunya, dan bila cikgu beliau bagi balik karangan tu, cikgunya tulis,

DON'T COPY

Kalau kita la kan, mesti kita pilu, awat cikgu tulih lagu tu.. Kita buat karangan naik berasap kepala, cikgu tulih macam tu senang-senang ja. Sedih dak?

Lain pula dengan tutor saya ni, apa yang beliau pikiaq? Beliau kata, "Saya gembira sebab cikgu tu tulih macam tu. Sebab mestilah karangan saya baguih punya sampai cikgu saya tulih lagu tu." Ujar beliau dalam bahasa Inggeris yang maksudnya lebih kurang macam tu la. 


Saturday, 3 March 2012

BERKELANALAH --- Imam Syafie

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Mai kita dengaq syair ni, syair ka lagu taktau. Dengaq naa.. Moga-moga dapat input yang boleh dijadikan output yang bermanfaat bersama.


Tiadalah menetap bagi yang berakal dan punyai cita-cita
dengan santai, maka tinggalkanlah watan dan berkelanalah

Pergilah, kau kan ketemui ganti kepada apa yang kau tinggalkan
Lelah dahulu kerana kenikmatan hidup itu setelah kelelahan

Aku melihat air yang tenang pastikan keruh
Sekiranya mengalir eloklah ia, jika tidak pasti sebaliknya.

Sang singa kalaulah tidak meninggalkan sarang pasti tidak membaham
Anak panah kalau dibiarkan pasti tidak mengena sasarannya

Mentari kalau tidak berganjak kedudukannya
Bosanlah manusia sama ada Arab mahupun lainnya

Galian itu hanyalah tanah biasa jika tidak digali
Begitu juga setanggi, ia hanyalah sejenis kayu

Sekiranya ia diasingkan dari kelompoknya, bagaikan emas
Sekiranya dimanfaatkan, tinggi permintaannya

Pengalaman mematangkan kita, sunggoh aih..

◠_◠
 


Friday, 24 February 2012

Cepat-cepat...! Cepat Pakai Tali Pinggang!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 Baru-baru ni saya ada baca buku karangan Pahrol Mohd Juoi, Beduk Diketuk tajuknya. Saya rasa nak kongsi dengan para pembaca yang budiman sekalian.


Baru baca ja..muka surat 58.

"Cepat-cepat...! Cepat pakai tali pinggang keledar tu. Polis, polis..."

Secepat kilat tangan mencapai tali pinggang keledar dan kuncinya dikenakan.

"Hmm... selamat, kalau tidak kena saman. Dua tiga ratus melayang".

Itulah dialog yang sering anda, saya dan kita dengar.

Pernah mendengar dialog seperti ini?

Thursday, 23 February 2012

Mai Pekena Loghat Kedah Sekali!!

Asslamualaikum,

khas untuk sapa-sapa yang nak blajaq bahasa Kedah!!

Paduu punya baq heangg

Ha, camna? Boleh tahan?

Wednesday, 22 February 2012

BAKPER AMBER CAKAP GANU II

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 Assalamualaikum, jadi setelah berkurun-kurun tak update dek kesibukan midsem, lawatan johor dan segala berbagai, kali ni saya nak justifikasikan sebab mengapa saya suka sangat cakap loghat Terengganu, atau lebih tepat, post, komen, update status dalam loghat Terengganu.



Friday, 10 February 2012

BAKPER AMBER CAKAP GANU

Tajuk saja boh, nanti amber karangkan..
se due org dosh dok tnye amber nim..

Terengganu

Sunday, 29 January 2012

Kisah Unta Bercakap

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 
Kali ini saya bawakan sebuah kisah pada zaman Rasulullah. Kisah unta bercakap.
Huh? Unta bercakap? Ye, tak caye ke? Silakan membaca.. :) 

Thursday, 26 January 2012

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

Saya ambil kisah ini daripada Facebook :) 

Kisah bagaimana iblis yang sebelumnya al-Abid namun akibat tidak enggan bersujud kepada Nabi Adam,diusir dari syurga.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Bismillah..Segalanya Bermula

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Moga tulisanku ini dapat menjadi hujahku di akhirat kelak..

Pencen kubor boss..

Saham akhirat

Banyak lagi perkataan mengenai perkara ini, akan tetapi ianya tidak penting, yang lebih perlu diberikan perhatian adalah maksud atau makna perkataan-perkataan tersebut. 

Adakah amalan kita selama ini sudah cukup untuk menjamin syurga Allah? Adakah ibadah khusus dan umum kita cukup untuk menjanjikan kita dengan aksara keramat yakni Syurga-Nya?