BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Moga tulisanku ini dapat menjadi hujahku di akhirat kelak..
Pencen kubor boss..
Saham akhirat
Banyak lagi perkataan mengenai perkara ini, akan tetapi ianya tidak penting, yang lebih perlu diberikan perhatian adalah maksud atau makna perkataan-perkataan tersebut.
Adakah amalan kita selama ini sudah cukup untuk menjamin syurga Allah? Adakah ibadah khusus dan umum kita cukup untuk menjanjikan kita dengan aksara keramat yakni Syurga-Nya?
Jika tidak, (ya, jawapan yang betul ialah"tidak") maka tingkatkanlah amal ibadat kita, tak perlu berubah secara drastik dan tergesa-gesa, kerana perubahan yang kalut akan menyebabkan kita kembali ke zaman jahiliyyah kita dahulu.
Sungguh, langkah pertama dalam melakukan perubahan sangatlah perit, apatah lagi jika kita sudah lama bergemulang dengan keadaan tersebut. Bertambah perit apabila masyarakat sekeliling kita juga turut terjebak malah sudah biasa dengan kehidupan yang melalaikan..
Namun, yakinlah, Allah telah menyediakan ganjaran buat hamba-Nya yang sanggup berkorban untuk satu perubahan.
Anjakan Paradigma mungkin.
HIDAYAH
Sambutlah hidayah apabila ia datang menyapa. Nikmat memperoleh hidayah itu sungguh tidak ternilai, kerana ia akan membawa kita kepada iman. Beruntunglah golongan yang dapat merasai kemanisan iman (halawatul iman).
PETUNJUK
Petunjuk Allah boleh datang dalam pelbagai rupa. Teringat kisah seorang mat rempit yang berubah setelah mendengar ceramah ustaz Azhar Idrus.
” Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju…Islam dop sekat…asalkan time semayang,,mung sembahyang…time gi surau…mung gi surau…NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda…KUDA zaman lening mutorsikal r..”
Jika sebelum ini beliau merempit ke hulu ke hilir bawak anak dara orang pakai tak cukup kain, sekarang wanita tersebut sudah berubah, sudah menutup aurat, pakai tudung dan sebagainya. Malah, mereka sudah merancang untuk berkahwin. Barakallah diucapkan..
Ada juga kisah sorang mamat ni, bukan kisah dia, tapi kisah pak ciknya yang dahulunya seorang penghisap dadah, em..penagih dadah lebih sesuai kot, eh kisah pulak saya. Biarlah, apa-apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkan mereka boleh je guna kan? Dipendekkan cerita, sebenarnya saya pun tidak tahu macam mana ceritanya, tapi yang dikhabarkan ialah pak ciknya sekarang sudah berubah, sebab dengor ceramah ustaz jugak, sekarang sudah beristerikan seorang ustazah. Alhamdullah..
Eh, macam Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirah je -.-''
Yes, similar kan? Cuma yang realiti ni heronya penagih, dalam kisah yang awesome (indeed) tu heronya seorang suka berfoya-foya menghabiskan duit syarikat abahnya. Mungkin jalan ceritanya berbeza sedikit, namun akhirnya ia membawa kedua-dua hero tersebut kepada erti hidup sebenar..
Masya-Allah..
Kisah satu lagi, kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada saya, kisah mengenai mat rempit jugak, (suke cerita pasal mat rempit eh..) beliau seorang mat rempit handalan, yang keluar tengah malam balik sebelum subuh. Mengapa balik sebelum subuh, dah alang-alang merempit tu, merempitlah sampai ke subuh, baru sedap sikit nak tulis. "Merempit sampai ke subuh" sedap sikit dengar kan?
Sebenarnya, itulah sebab beliau digelar mat rempit handalan, malamnya merempit sampai ke sebelum subuh, Apabila fajar menyingsing, beliau bersiap untuk pekerjaan lain pula. Mencari pendapatan. Untuk maintenance jentera agaknya, nak kata nafkah keluarga, bukan, sebab belum berkeluarga. Tapi agak menyedihkan sebab kerjanya hanyalah menyambung legasi ayahnya, kerja orang-orang kampung, menoreh getah. Abahnya sudah tak larat hendak menasihatinya, hanya doa yang mampu dikirimkan abahnya lakukan.
Namun, doa itu senjata mukmin, sungguh. Doa abahnya dikabulkan.
Ditakdirkan pada suatu hari, semasa beliau sedang melepak-lepak membuang masa bersama teman-teman rempitnya, tiba-tiba dia merasakan sesuatu. Sesuatu yang tidak kena. Entah bagaimana, beliau merasakan kesedihan yang amat sangat dihatinya. Terasa seperti hendak mati katanya. Ya, mati. Sungguh, apabila diceritakan mengenai kematian, hilanglah keseronokan. Pemuda itu sudah rasa tawar hati hendak merempit. Oh ya! sebelum saya lupa, kejadian ini berlaku pada bulan Ramadan tahun 2011. Baru lagi tu.
Beliau pun pulang ke rumahnya, entah bagaimana ego dalam dirinya runtuh. Beliau menghampiri emaknya lalu berkata,
"Mak, kalau chek mati mak ampun dak salah chek?"
"Mak ampun nak.." tenang ibunya membalas.
Begitu juga abahnya. Maka sebermula, semakin hari beliau menjadi semakin baik, solat pun dah tak tinggal, malah pernah mengajak sahabat saya untuk solat berjemaah. Sekian tamat kisah ketiga.
Beruntunglah orang-orang yang apabila hidayah, bukan hidayah anak mak cik depan rumah tu, ni hidayah Allah, apabila Allah memberikan petunjuk-Nya, mereka tidak berlengah.
Artis-artis sekarang pun ramai yang dah berubah, moga-moga terus istiqamah ye :)
No comments:
Post a Comment