Wednesday, 22 February 2012

BAKPER AMBER CAKAP GANU II

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 Assalamualaikum, jadi setelah berkurun-kurun tak update dek kesibukan midsem, lawatan johor dan segala berbagai, kali ni saya nak justifikasikan sebab mengapa saya suka sangat cakap loghat Terengganu, atau lebih tepat, post, komen, update status dalam loghat Terengganu.





Sebenarnya, bukan sebab apa sangatpun, cuma kadang kita terasa nak buat pembaharuan sikit, nak cuba benda baru, eg macam loghat ni lah, asyik guna bahasa skimass ja, lagipun saya tak reti nak bermadah. Jadi sebab itu lah saya buat perubahan sikit.

Mula-mula terdetik nak guna loghat ni masa dulu-dulu-tak-ingat-bila, saya menyelam di page Ustaz Azhar Idrus (Original) dan Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original ), baca komen-komen di pages tu, ustaz Azhar pun komen skali, dan macam biasa, ustaz kalau komen mesti guna loghat Terengganu, jadi bila saya baca tu, seolah berada antara dua keadaan, antara faham dengan tak berapa nak faham apa yang dikomenkan oleh ustaz juga orang lain.

Jadi bila saya jadi macam tu, rasa nak tau tu membuak-buak, apa yang ustaz dan kawan-kawan lain dok cakap ni? Saya pun guna pengalaman dalam loghat kedah, lagipun loghat kedah saja yang saya tau pun, cuba untuk fahamkan apa yang dibicarakan olih ustaz dan kawan-kawan.

Sebenaqnya nak belajaq loghat terengganu ni tak susah, cuma kena faham apa benda yang dibincangkan. Kebanyakan yang saya faham cuma agak-agak ja. Tengok struktur ayat, lepas tu agak-agaklah. Memang niat nak buka kelas belajar loghat terengganu, tapi bila tengok balik, baik buka kelas loghat kedah memandangkan saya orang kedah, tapi takpa lah, mana-mana pun bolih..

Ustaz Azhar Idrus



Seterusnya, ada satu lagi sebab saya cakap ganu, haa yang ni boleh dikatakan tok guru saya lah, Mohd Tomato II, kebanyakan status beliau dalam bahse ganu, yang ni antara faham-tak-faham jugak, mula-mula memang susah, lepas tu dah biasa jadi ok saja, orang kata alah bisa tegal biasa.

Bisa ular - Gambar hiasan







Contoh status



Lawak pun ada jugak, tapi bukan lawak hok ite cari, isinya tu yang pentingg..kan?
Beliau suka pi ceramah Ustaz Azhar Idrus, dah orang terengganu, rugi kalau tak pi..

Lagipun, bila kita buat sesuatu yang unik sikit, (unik sangat la) baru orang minat nak baca, walau ada jugak yang mutoh ije bace..

Akan tetapi, dakwah dalam bahasa baku perlu jugak, baru rasa keindahan bahasa kita, sungguhpun bahasa alQuran hop paling molek.

Bahasa baku lebih menginsafkan berbanding loghat suka-suka ni..sungguh aih.

Ada yang suka fokus, serius, ada jugak yang suka santai-santai..bagi saya mana-mana pun ok jerp, asalkan apa yang kita nak sampaikan tu sampai..

Sekian, harap terjawab persoalan di minda anda bakper amber cakak ganu :)

No comments:

Post a Comment