Friday, 24 February 2012

Cepat-cepat...! Cepat Pakai Tali Pinggang!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 Baru-baru ni saya ada baca buku karangan Pahrol Mohd Juoi, Beduk Diketuk tajuknya. Saya rasa nak kongsi dengan para pembaca yang budiman sekalian.


Baru baca ja..muka surat 58.

"Cepat-cepat...! Cepat pakai tali pinggang keledar tu. Polis, polis..."

Secepat kilat tangan mencapai tali pinggang keledar dan kuncinya dikenakan.

"Hmm... selamat, kalau tidak kena saman. Dua tiga ratus melayang".

Itulah dialog yang sering anda, saya dan kita dengar.

Pernah mendengar dialog seperti ini?


"Cepat, cepat, pasangkan tali pinggang keledar. Kereta dah bergerak ni, kalau jadi apa-apa, buruk padahnya."

"Yalah nyawa akan terancam. Sayangkan nyawa. Bukankah itu antara perkara yang dharuriyat dalam Islam?"

Jarang-jarang kita mendengarkannya dialog seperti itu bukan? Padahal dialog kedua ini lebih islamik berbanding yang pertama.

Saya pernah berpengalaman menaiki kereta dengan seorang ustaz yang begitu alim dan "warak" kelihatannya. Sebelum menaiki kenderaan dan bermusafir, dia siap siaga lengkap dengan doa dan solat sunatnya.




 Tetapi,sepanjang perjalanan saya "kecut perut" oleh pecutannya yang melebihi had laju. Apabila saya cuba mengingatkan, dia selamba berkata, "Orang Islam sewajarnya tidak takut mati!"

Pernah juga saya "berkelana" dengan seorang teman yang keretanya dipenuhi tasbih, ayat Quran dan pelbagai doa.

"Kereta kita mesti memancarkan syiar dan wajah islamiah," katanya.

Sayangnya, di pertengahan jalan keretanya mati kerana ketirisan minyak hitam dan kekeringan air. Apabila saya tanyakan,  "Sudah berapa lama keretanya tidak diservis?" dai membisu, mungkin merasakan servis kereta itu bukan salah satu daripada "syiar" Islam (agama yang sepatutnya selamat dan menyelamatkan)

.....

Satu ketika dalam teksi, pemandu teksi bertanya kepada saya, "Apa yang sepatutnya saya ucapkan untuk berdakwah kepada pelancong bukan Islam yang menaiki teksi saya?"

Sebelum sempat saya menjawab dia bertanya lagi, "Perlukah saya mainkan CD ceramah atau nasyid? Atau menampalkan poster-poster yang memaparkan hadis nabi atau kata-kata hukama? 


"Itu semua soal kedua," bisik saya.

"Apa yang pertama?"

"Pandulah teksi saudara dengan berhemah. Pastikan pelancong itu berasa selamat sepanjang menaikinya. Insya-Allah, itulah dakwah yang lebih berkesan. Dia akan rasa selamat bersama orang Islam..."

Pemandu teksi itu tercengang.

"Itu lebih utama? Saya kurang setuju. Ayat Quran, hadis, dan kata-kata yang baik itu yang lebih utama," bidasnya.

"Memberi rasa selamat, indah dan tenang mengikut kehendak al-Quran dan hadis itu yang lebih utama."

"Betulkah begitu?" tanyanya masih sangsi.

"Apakah perasaan pelancong itu agaknya apabila dia membaca poster dalam teksi awak 'Islam Adalah Agama Selamat' tetapi sepanjang bersama awak di dalam kereta ini, dia tidak berasa selamat kerana pemanduan yang laju, reckless dan kasar?"

Akhirnya dia mengangguk-angguk juga. Perlahan-lahan.


(◠‿◠)




No comments:

Post a Comment