Saturday, 3 March 2012

BERKELANALAH --- Imam Syafie

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Mai kita dengaq syair ni, syair ka lagu taktau. Dengaq naa.. Moga-moga dapat input yang boleh dijadikan output yang bermanfaat bersama.


Tiadalah menetap bagi yang berakal dan punyai cita-cita
dengan santai, maka tinggalkanlah watan dan berkelanalah

Pergilah, kau kan ketemui ganti kepada apa yang kau tinggalkan
Lelah dahulu kerana kenikmatan hidup itu setelah kelelahan

Aku melihat air yang tenang pastikan keruh
Sekiranya mengalir eloklah ia, jika tidak pasti sebaliknya.

Sang singa kalaulah tidak meninggalkan sarang pasti tidak membaham
Anak panah kalau dibiarkan pasti tidak mengena sasarannya

Mentari kalau tidak berganjak kedudukannya
Bosanlah manusia sama ada Arab mahupun lainnya

Galian itu hanyalah tanah biasa jika tidak digali
Begitu juga setanggi, ia hanyalah sejenis kayu

Sekiranya ia diasingkan dari kelompoknya, bagaikan emas
Sekiranya dimanfaatkan, tinggi permintaannya

Pengalaman mematangkan kita, sunggoh aih..

◠_◠
 


2 comments: